Koya Cataecoccus

BAHAGIAN DISERANG Buah
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) Koya Koko
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) Mealy bug
NAMA SAINTIFIK Cataenococcus hispidus
ORDER Homoptera
FAMILI Pseudococcidae
  • CIRI-CIRI
    • Turut menyerang durian, rambutan, jambu batu dan buahan lain
    • Tidak dianggap perosak pada buah koko, namun perosak minor kepada pucuk koko
    • Mempunyai assosiasi mutualistik dengan semut hitam koko, dan memberi kebaikan sebagai agen kawalan biologi bagi Ulat Pengorek Buah Koko
    • Betina diselaputi lapisan nipis berlilin dan mempunyai 3 peringkat instar, manakala jantan mempunyai 2 instar sahaja
    • Mengeluarkan madu pada bahagian hujung posterior
    • Tompokan koya rapat-rapat dan bertindih antara satu sama lain
    • Sering berada pada buah koko yang terlindung dari cahaya matahari
  • BIOLOGI
    • Metamorfosis tidak lengkap
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Jarang mendatangkan kesan serius kepada buah koko
    • Serangan pada bahagian pucuk menyebabkan pucuk berpintal dan mengganggu pertumbuhan, namun tidak menyebabkan kematian pucuk terbabit
  • KAWALAN
    • Menggunakan semburan racun serangga dari kumpulan Pyrethroid jika serangan adalah serius

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here