Penyakit Buah Perang

  • PUNCA
    • Penyakit ini disebabkan oleh kulat Botryodiplodia theobromae dan dikelaskan sebagai parasit luka. Kulat ini akan apabila terdapat luka pada permukaan buah koko yang disebabkan oleh serangga, mamalia perosak atau mekanikal.
  • SIMPTOM
    • Terdapat luka pada permukaan buah atau buah di dalam keadaan ‘stress’ seperti di musim kemarau
    • Terdapat bintik-bintik gelap di permukaan buah.
    • Bintik-bintik ini membesar dan dalam masa dua minggu seluruh buah akan menjadi perang atau hitam.
    • Mesilium kulat yang berwarna kelabu akan menghasilkan piknidia yang mengandungi spora berwarna hitam seperti jelaga.
  • PENYEBARAN
    • Spora yang dihasilkan pada permukaan buah koko akan disebar oleh angin.
    • Apabila spora kulat ini terjatuh pada luka di permukaan buah ia akan bercambah dan seterusnya menjangkiti buah koko tersebut.
  • PENGAWALAN
    • Amalan kultura yang baik dapat mengawal penyakit ini.
    • Elakan dari melukai buah koko semasa memetik buah. Gunakan scatteurs atau gunting pokok.
    • Serangga dan mamalia perosak perlu dikawal dari melukai buah koko.
    • Kerap mengutip buah koko yang masak.

Reltated File - Click Here