Penyakit Buah Hitam

  • PUNCA
    • Penyakit buah hitam disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora yang juga menyebab penyakit kanker. Penyakit ini agak serius di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang tinggi serta persekitaran yang lembab yang berpanjangan.
  • SIMPTOM
    • Bintik-bintik perang di permukaan buah dalam masa 1 atau 2 hari selepas spora menjangkiti permukaan buah.
    • Bintik-bintik ini membesar sehingga seluruh buah menjadi perang atau hitam.
    • Sporangia akan dihasilkan dipermukaan buah berwarna keputihan, kelihatan seperti dirinjis dengan tepung selepas buah menjadi busuk.
    • Selepas 14 hari jangkitan biji koko akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
  • PENYEBARAN
    • Sporangia akan dihasilkan apabila keadaan lembab dan suhu antara 20oC – 30oC.
    • Zoospora disebarkan oleh air hujan dan percikan air. Angin, serangga dan rodensia juga membantu menyebar spora kulat ini.
  • PENGAWALAN
    • Buah-buah hitam perlu dibuang dari ladang koko dan dimusnahkan. Ini dapat mengurangkan sumber inokulum kulat ini.
    • Amalan kultura yang baik seperti langkah-langkah pengawalan yang diterangkan dibahagian penyakit kanker.
    • Penggunaan fungisid tidak ekonomi, tetapi racun kulat seperti Calaxin atau Alliette boleh digunakan sekiranya serangan terlalu teruk.

Reltated File - Click Here