PERANAN UNIT PATOLOGI TAWAU

  • Unit Patologi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Tawau, berperanan menjalankan kerja-kerja dalam bidang penyelidikan dan pembangunan khususnya menangani pelbagai masalah dan keperluan dalam bidang kaji penyakit koko.
  • Tujuan utama adalah untuk mendapatkan pengetahuan praktikal dan membangunkan teknologi kawalan penyakit koko seterusnya boleh meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.
  • Kerja-kerja penyelidikan juga dijalankan untuk mengetahui bagaimana  proses-proses   penyakit koko merebak dan merangkumi jenis penyakit koko , agen punca penyakit,  penyebaran, kerosakannya serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran penyakit tersebut.
  • Unit ini juga berperanan sebagai bank koleksi kultur patogen koko disamping koleksi microorganisma yang berfaedah sebagai agen kawalan biologi dan juga pelbagai kulat yang telah diisolat dari pelbagai lokasi tanaman koko di Sabah.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Patologi,
  • Lembaga Koko Malaysia.
  • Telefon : 089-915604
  • Fax : 089-915646