Makmal Entomologi LKM (Jengka)

Unit Entomologi  PPPK Jengka merupakan unit yang terbaru ditubuhkan di LKM, dimana ia ditempatkan di PPPK Jengka pada Mei 2015 dan dibawah seliaan Saripah Bakar. Terdapat tiga kakitangan iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Sulaiman Hashim dan dibantu oleh Norusdi Mat Kamar dan Mt. Anuar Mt. Desa. Ia mempunyai kelengkapan asas bagi penangkapan serangga, kajian ringkas serta di tambah baik dari masa ke semasa. Sehingga Mac 2016, proses penangkapan serta penyediaan spesimen sedang giat di jalankan dan kebiasaannya turut dibantu oleh Pelajar Latihan Industri dari IPTA seluruh Malaysia.

  • Menjalankan kajian berkaitan serangga di persekitaran koko di PPPK Jengka.
  • Menjalankan kajian terkini berkaitan aspek pengawalan serangga perosak.
  • Menjadi rujukan penyelidik-penyelidik dari Malaysia dan antarabangsa, serta pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi.
  • Menjalankan kajian berkaitan serangga, terutama serangga perosak koko dan serangga berguna di persekitaran koko.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Saripah Bakar (Pegawai Penyelidik)
Sulaiman Hashim (Penolong Pegawai Penyelidik)

Unit Entomologi
Lembaga Koko Malaysia
Jalan Jengka 23,
28000 Temerloh, Pahang
Telefon: 09-4852782