Makmal Perintis Pembiakan Parasit Telur

Unit Entomologi PPPK Tawau diketuai oleh Meriam Mohd Yusof dan Navies Maisin. Makmal Pembiakan Parasit Telur ini telah dibina pada bulan Mac 1999 dan mula beroperasi pada April 2000 sebagai tempat  pengeluaran parasit telur. Parasit telur adalah sebagai satu alternatif lain bagi mengawal serangan ulat pengorek buah koko (UPBK). Pembiakan parasit telur di makmal memerlukan perumah pengantaraan dan telur kupu-kupu beras dikenalpasti sesuai untuk digunakan sebagai pembiakan parasit telur.  Oleh itu, makmal perintis ini bukan sahaja tempat pembiakan parasit telur tetapi juga sebagai tempat pemeliharaan kupu-kupu beras. Lembaga Koko Malaysia telah mempelbagaikan skop penyelidikannya, antaranya adalah kaedah kawalan secara biologi dengan menggunakan parasit telur kupu-kupu beras. Kaedah biologi ini adalah merupakan pengawalan ulat pengorek buah koko tanpa menggunakan bahan kimia dan secara tidak langsung boleh mengurangkan pencemaran . Pada dasarnya makmal ini telah berjaya mencapai sasaran mengeluarkan sebanyak 100 gram telur kupu-kupu beras walaupun tidak konsisten. Antara masalah utama yang dihadapi dalam proses pengeluaran telur kupu-kupu beras ialah serangan parasit Bracon sp.

Untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 100 gram telur kupu-kupu beras setiap hari yang boleh digunakan untuk mengawal seluas 80 hektar kawasan tanaman koko. Penggunaan parasit telur ini sebagai agen biologi untuk mengawal ulat pengorek buah koko yang bersifat mesra alam.

  • 10 buah bilik dan mengandungi 520 buah kotak untuk pemerliharaan kupu-kupu beras.
  • 1 buah bilik untuk pembiakan parasit telur yang mengandungi 10 buah kabinet  Morrison, 1 buah chiller, 1 buah peti sejuk, 1 buah troli plet, 1 buah kabinet  incubasi, 1 buah kabinet UV-light dan 1 buah penimbang digital.
  • 1 buah bilik untuk kawalan kualiti parasit telur dan dilengkapi dengan 1 buah peti sejuk dan 1 buah stereo zoom microscope  untuk membantu mendapat generasi baru parasit telur dari ladang.
  • Sebuah tempat pembersihan telur kupu-kupu beras yang dilengkapi dengan  1 buah exhaust fan bersaiz 18 inci yang berfungsi menyedut keluar kekotaran daripada telur kupu-kupu beras.
  • 4 buah stor iaitu stor  media, stor pertukangan, stor pertukangan dan stor penyimpanan haiwan perosak koko yang telah diawet.
  • 2 buah oven untuk mengeringkan dan mengelakan media daripada berkulat
  • Sebagai tempat pembiakan dan pengeluaran parasit telur untuk alternatif pengawalan ulat pengorek buah koko.
  • Sebaga tempat memulihara koleksi parasit-parasit telur yang sedia ada yang terdiri dari empat (4) species dan lebih enam (6) strain dariempat puluh satu (41) lokasi dari seluruh Malaysia.
  • Menjalankan kajian terkini berkaitan keberkesanan penggunaan parasit telur dalam pengawalan ulat pengorek buah koko, mengenalpasti parasit telur yang baru ditemui di ladang dan membuat kawalan kualiti parasit telor sebelum dilepaskan di ladang.
  • Menjadi rujukan pelajar praktikal dari institusi pengajian tinggi yang sering ditempatkan di PPPK  Tawau.
  • Menjalankan kajian berkaitan serangga  terutama serangga perosak koko.
Dengan kemudahan yang tersedia di makmal perintis pembiakan parasit telur ini, secara ringkasnya boleh dirumuskan berpotensi menjadi pusat pengeluaran parasit telur, kajian dan rujukan yang komprehensif terutamanya kawalan pengorek buah koko secara kaedah biologi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Lembaga Koko Malaysia
Peti surat 60237,
91012 tawau
Telefon: 089-915604