Ulat Pengorek Buah Koko
BAHAGIAN DISERANG | Buah |
---|---|
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Ulat Pengorek buah koko |
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Cocoa pod borer |
NAMA SAINTIFIK | Conopomorpha cramerella Snellen |
ORDER | Lepidoptera |
FAMILI | Gracillariidae |
- CIRI-CIRI
- Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia
- Mula ditemui di Sabah pada tahun 1980, di Sarawak 1983, di Jasin, Melakaa 1986 dan seluruh Malaysia pada tahun 1993
- Turut dijumpai di Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan Australia
- Serangga kecil dengan bentuk dan saiz seakan nyamuk
- Jantan dan betina boleh dibezakan dengan betina mempunyai warna oren dibahagian posterior abdomen
- Aktif diwaktu malam dan jarang ditemui diwaktu siang
- Waktu siang berehat dibawah joket dan dahan pokok, terutama didalam kanopi
- Menyebabkan kerosakan sehingga 100% jika tiada langkah kawalan dilakukan
- Peringkat larva paling berbahaya
- BIOLOGI
- TELUR : 1 - 3 hari
- LARVA : 14 - 17 hari
- PUPA : 6 - 7 hari
- DEWASA : 6 - 7 hari
- KITARAN HIDUP : 27 - 33 hari
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Pemasakan buah yang tidak sekata, dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning, manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau
- Buah yang diserang lebih berat dan tidak bergoncang isinya
- Lubang masuk dapat dihilis jika kulit dihiris nipis, dan lubang keluar yang jelas pada permukaan kulit koko
- Biji koko melekat dan bercantum diantara satu sama lain
- Biji koko tidak dapat digunakan berikutan biji tidak membesar akibat kekurangan nutrien
Kitar hidup UPBK dari telur, larva, pupa dan dewasa - KAWALAN
- Racun serangga yag disyorkan adalah dengan bahan aktif Cypermethrin dan Deltamethrin setiap dua minggu
- Semburan dilakukan setiap dua minggu dengan mensasarkan bahagian buah dan kanopi pokok
- Mengamalkan Konsep 4P iaitu pemangkasan setiap 3 bulan, pembersihan kebun yang teratur, penuaian hasil koko dengan lebih kerap dan pembajaan mengikut jadual
- Boleh menggunakan kawalan biologi, Semut Hitam Koko
- Menggunakan kawalan mekanikal dengan menggunakan pembalutan buah
- Lembaga Koko Malaysia turut menjalankan kajian penggunaan fungi entomopatogenik, bakteria, semio-kimia dalam menangani masalah perosak utama koko ini

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

Gambar Seranga

Gambar Seranga

Gambar Seranga