Makmal Entomologi LKM (Bagan Datuk)
Unit Entomologi PPPK Bagan Datuk atau Pusat Rujukan Entomologi Koko ditubuhkan sekitar tahun 1970-an, di bawah seliaan MARDI Hilir Perak. Dengan peralihan kepada LKM pada tahun 2001. Unit ini dikekalkan sehingga ke hari ini. Salah seorang pengasas unit adalah mantan Ketua Pengarah LKM, iaitu Dato' Dr Azhar Ismail. Unit ini kini dibawah seliaan Pegawai Penyelidik, Saripah Bakar dan dibantu oleh kakitangan unit iaitu Ahmad Zaki Yusoff, Abdul Mutalib Abd. Kadir, Mohamad Faiz Yahya dan Nur 'Ariqah Mohammad. Antara aktiviti dan fungsi unit ii adalah menjalankan penyelidikan pelbagai skop dan aspek entomologi atau serangga, kajian menangani serangan serangga perosak koko serta menjadi pusat atau unit sumber rujukan serangga koko di Malaysia
Unit Perlindungan Tanaman (Crop Protection Unit) telah ditubuhkan sekitar tahun 1975, ketika itu dibawah seliaan MARDI Hilir Perak. Unit Pelidungan Tanaman ini juga menggabungkan beberapa unit penyeidikan lai, termasuk Unit Kaji Serangga. Dengan peralihan dari MARDI kepada LKM Hilir Perak pada tahun 2001, Pusat ini dijenamakan sebagai Unit Entomologi dan kemudiannya Pusat Rujukan Entomologi Koko LKM. Pada peringkat awal, satu bangunan ruang kerja ditubuhkan bagi menjalankan kaijan berkaitan serangga dan lokasi bangunan asal adalah bertempat di Makmal Agronomi ketika ini. Makmal Entomologi baru kemudian dibina pda penghujung tahun 1980an melibatkan pembinaan satu bangunan bagi ruang kerja makmal. Bangunan tambahan kedua dibina beberapa tahun selepas itu. Penambahbaikan ruang luaran dan dalaman diadakan pada tahun 2007, dan struktur bangunan kekal sehingga ke hari ini. Pegawai-pegawai Penyelidik dan Penolong Pegawai Penyelidik terawal di Unit Perlindungan Tanaman adalah Khoon Chin Kok, Jamaluddin Salim, Samsudin Wahi, Dr. Lee Choon Hui dan Dato' Dr. Azhar Ismail dengan bidang penyelidikan berkaitan serangga koko dan kelapa serta rodensia. Dato' Dr. Azhar Ismail mula bertugas di bawah Unit Perlindungan Tanaman pada tahun 1975 dan proses penjenamaan kepada Unit Entomologi pada tahun 1981. Beliau kemudiaanya menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah LKM pada tahun 2003 dan seterusnya Pusat Rujukan Entomologi Koko LKM seawal penubuhannya sehingga ke hari ini. Kajian awal adalah bermula dengan penternakan lebah dan serangga perosak koko utama ketika itu, terutama kepinding nyamuk, Helopeltis spp. Dengan kehadiran Invasive Alien Species bagi tanaman koko iaitu Ulat Pengorek Buah Koko, Conopomorpha cramerella (UPBK) pada tahun 1986 di Malaysia, penumpuan kajian dilakukan terhadap aspek biologi, simptom serangan, lokasi serangan dan juga kawalan UPBK. Selain itu, kajian dilakukan juga tertumpu kepada serangga yang berguna seperti kelip-kelip (Firefly, famili Lampyridae), pendebunga koko Forcipomyia spp. dan juga assosiasi Semut Hitam Koko, Dolichoderus thoracicus dengan Koya koko, Cataenococcus hispidus.
Bermula tahun 2000 hingga 2021, peranan Pusat Rujukan Entomologi Koko LKM semakin diperkukuhkan di bawah kepimpinan Pengarah Bahagian Biologi, Tn. Hj, Kelvin Lamin, dan di bawah pimpinan Pengarah Bahagian Teknologi Huluan Koko, Tn. Hj. Haya Ramba. Kajian berkaitan UPBK diteruskan dengan menyelidiki kesan serangan terhadap klon koko tertentu, kawalan yang meliputi pelbagai aspek seperti kawalan kultura, kawalan mekanikal, kawalan biologi dan kawalan kimia. Serangga-serangga lain juga turut diselidiki, berdasarkan keperluan dan perkembangan semasa serangga terbabit. Manakala pengumpulan spesimen serangga telah dimulakan sejal awal penubuhan Unit Perlindungan Tanaman paada suku kedua dekad 1970an, dan pengumpulan intensif dijalankan bermula tahun 1980an. Koleksi serangga ini mencukupi serangga-serangga yang ditemui di ekosistem koko, dengan penumpuan kepada serangga di tanaman koko dan kelapa. Penyisihan, pengenalpastian dan penjagaan spesimen telah dijalankan dengan sistematik dan sempurna menyebabkan koleksi-koleksi ini masih lagi terpelihara dengan baik. Spesimen ini ditempatkan di dalam kotak serangga dan disusun mengikut order serangga. ANtara order serangga utama yang berada di dalam koleksi adalah Hymenoptera, Lepidoptera dan Coleptera. Selain itu, pengawetan serangga juga dilalkukan terhadap spesimen serangga basah dengan menggunakan alkohol. Hingga kini, terdapat 10,000 spesimen terpelihara dengan hampir 7000 spesies dikenalpasti. Ia merupakan satu koleksi yang sangat besar bagi serangga yang direkodkan di persekitaran koko.
- Mobile Video Scope’ untuk tujuan pengambilan imej serangga.
- Stereo zoom microscope’ untuk membantu pengecaman serangga.
- Portable Two-way microscope’ – membantu membesarkan imej serangga terutama di ladang.
- Entomology Field Kit’ – kemudahan penangkapan serangga di ladang.
- Empat set 'Entomology cabinet' dimana setiap satu menempatkan 20 laci kabinet berisi serangga mengikut order
Pusat repositori bagi serangga koko di persekitaran koko
- Dengan bilangan spesimen yang melebihi 10,000 tersimpan dengan baik, maka Pusat ini memainkan peranan sebagai repositori bagi serangga yang berkaitan tanaman koko. Serangg ditempatkan di dalam kotak serangga dan dilabelkan berdasarkan pengkelasan taksonomi. Pengumpulan serangga masih giat dijalankan dari masa ke semasa. Pemeliharaan serangga di Pusat juga dilakukan bagi memperolehi kitar hidup lengkap serangga
Pusat rujukan bagi serangga di persekitaran koko
- Spesimen yang terpelihara dalam keadaan baik, masih kekal sempurna boleh dijadikan panduan dalam mengenalpasti serangga. Rujukan secara perbandingan boleh dilaksanakan berpandukan spesimen yang disimpan. Terdapat beberapa kemudahan melibatkan pengambilan informasi visual terdapat di Pusat ini yang dapat membantu sebagai perbandingan dan rujukan serangga
Pemantauan serangga di kebun pengusaha koko
- Peruntukan Rancangan Malaysia ke-12, sebanyak 123 kebun pengusaha koko telah dilawati bagi pemantauan terkini status serangga perosak yang terdapat di Semenanjung Malaysia pada tahun 2021. Pemantauan juga dilakukan sekiranya terdapat laporan berkaitan serangan serangga atau kehadiran simptom serangga di kebun pengusaha koko.
Pusat latihan bagi pelajar latihan industri
- Dari thaun 2012 sehingga tahun 2021, seramai 35 orang pelajar dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam telah melengkapkan latihan industri di Pusat ini. Latihan kebiasaannya mengambil masa sekitar 4 minggu sehingga 6 bulan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh institusi pelajar. Selain itu, terdapat hampir 10 pelajar telah melengkapkan projek tahun akhir diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Dengan pertambahan koleksi serangga sehingga kini, secara ringkasnya boleh dirumuskan Pusat Rujukan Entomologi Koko berpotensi menjadi pusat rujukan yang komprehensif berkaitan serangga-serangga di persekitaran koko. Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Pusat Rujukan Entomologi KokoLembaga Koko Malaysia
Batu 16, Jalan Sungai Dulang, 36307 Sungai Sumun, Perak
Telefon: 05-648 8176