SOALAN LAZIM

Tidak. Kawalan penyakit dan perosak koko tidak sama kerana sebagai contoh sekiranya ingin menggunakan racun, racun serangga untuk mengawal serangga. Manakala bagi kawalan penyakit perlu menggunakan racun kulat.

Ya. Kebun koko perlu dipastikan dengan bersih bagi memastikan serangan perosak terutama serangga dan perosak seperti cencurut, tikus, tupai, musang dapat dikurangkan.

Penanam koko digalakkan untuk melakukan pemangkasan 3-4 kali setahun bagi mengelakkan masalah perosak dan penyakit. Ini kerana kebun yang gelap dan terlindung berpotensi tinggi untuk diserang.

Tidak boleh sama sekali. Racun rumpai dan racun serangga tidak boleh dicampur sekaligus. Sekiranya dicampur, ianya mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada buah koko.

Daun pokok kecil yang berlubang-lubang kemungkinan disebabkan oleh serangga perosak seperti kumbang kaboi, ulat pelekat daun ataupun belalang.

Serangga perosak utama koko di Malaysia adalah Ulat Pengorek Buah Koko (UPBK)

Ya. UPBK ini turut menyerang negara tanaman koko lain seperti Indonesia, Papua New Guinea dan Filipina.

Tidak. UPBK hanya menyerang buah koko dan tidak boleh menyebabkan kematian pokok koko.

Serangga yang boleh menyebabkan kematian pokok adalah Serangga Perosak Akar Koko (Cocoa White Grub) serta serangga perosak batang dan pangkal akar sekiranya serangan adalah serius dan tiada kawalan dilaksanakan.

Terdapat banyak cara pengawalan serangga dan ianya bergantung kepada serangga terbabit. Bagi pengorek batang misalnya, penggunaan racun serangga yang disuntik di bahagian batang perlu dilakukan dan ditutup dengan tanah. Selain itu, pemotongan bahagian ranting yang diserang juga boleh dilakukan.

Ya. Ianya merupakan perosak koko terutama di kawasan tanaman koko yang berhampiran dengan kawasan hutan, redup dan terlindung.

Masalah tikus boleh diatasi dengan memasang perangkap di dalam kebun dan meletakkan umpan seperti isi kelapa atau pisang di dalam perangkap terbabit bagi menarik minat tikus ke dalam sangkar.

Tidak. Kawalan penyakit dan perosak koko tidak sama kerana sebagai contoh sekiranya ingin menggunakan racun, racun serangga untuk mengawal serangga. Manakala bagi kawalan penyakit perlu menggunakan racun kulat.

Terdapat pelbagai racun kulat di pasaran, namun bahan aktif yang sesuai adalah menggunakan racun menggunakan bahan aktif dari copper.

Ya. Penyakit kanker dan black pod atau buah hitam berasal dari kulat yang sama iaitu Phytophtora palmivora.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pokok tidak subur. Kemungkinan ianya disebabkan faktor penyakit, perosak, lindungan, penjagaan ataupun masalah pembajaan.

Koko boleh mula diserang penyakit sejak berada di peringkat nurseri, hinggalah kepada peringkat pokok matang dan mengeluarkan hasil.

Ya. Kebun koko perlu dipastikan dengan bersih bagi memastikan serangan perosak terutama serangga dan perosak seperti cencurut, tikus, tupai, musang dapat dikurangkan.

Penanam koko digalakkan untuk melakukan pemangkasan 3-4 kali setahun bagi mengelakkan masalah perosak dan penyakit. Ini kerana kebun yang gelap dan terlindung berpotensi tinggi untuk diserang.

Tidak boleh sama sekali. Racun rumpai dan racun serangga tidak boleh dicampur sekaligus. Sekiranya dicampur, ianya mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada buah koko.

Serangan penyakit kebiasaannya lebih tinggi ketika musim hujan. Oleh itu untuk mengelakkan masalah dari menjadi serius di musim hujan, maka semburan racun kulat boleh dilaksanakan.

Pokok koko akan memilih putik terbaik sahaja untuk dikekalkan, maka putik yang kurang subur akan dimatikan bagi memastikan zat makanan akan tertumpu kepada putik yang lebih sihat. Ia adalah fenomena biasa dipanggil putik layu ataupun cherelle wilt.

Urusan bagi makhluk perosak diatas perlu berhubung dengan pihak PERHILITAN tempatan.

Terdapat beberapa serangga yang boleh menyerang pokok kecil dan turut menyerang pokok besar seperti Kepinding Nyamuk, iaitu Helopeltis. Namun serangan ketika pokok kecil berlaku di bahagian pucuk dan serangan ketika pokok dewasa berlaku di bahagian buah.

Ya. Kawalan bagi Helopeltis dan UPBK adalah sama, samada menggunakan racun serangga ataupun pembalutan buah. Namun, penjagaan kebun dengan memastikan kebersihan kebun dengan baik juga mampu mengurangkan serangan kedua-dua serangga ini.

Daun pokok kecil yang berlubang-lubang kemungkinan disebabkan oleh serangga perosak seperti kumbang kaboi, ulat pelekat daun ataupun belalang.