Makmal Patologi LKM (Tawau)
Pengurusan penyakit koko secara efisien perlu dilakukan untuk mengekalkan produktiviti koko pada tahap yang optimum. Serangan penyakit yang tidak dikawal dengan sistematik boleh menyebabkan kerugian dari segi kuantitatif dan juga kualitatif. Program pengawalan yang sesuai adalah perlu dengan mengambil kira faktor keberkesanan kos dan pendekatan pengawalan secara bersepadu. Kesemua sampel penyakit koko yang dihantar ke makmal patologi akan diuji untuk mengetahui punca penyakit tersebut. Kajian penyakit koko banyak dilakukan mengenai perkaitan diantara patogen dan antagonis. Unit Patologi banyak melakukan kajian mengenai kawalan secara biologi dalam pengurusan penyakit koko disamping menjadi sumber rujukan bagi pengecaman dan pengesahan sesuatu penyakit koko.
Unit Patologi LKM Tawau mula beroperasi pada bulan mei 2001 berikutan perpindahan dua orang Pegawai Penyelidik dan 4 orang kakitangan unit Patologi LKM dari Tuaran. Dua orang Pegawai Penyelidik terlibat ialah Pengurus PPPK Tawau, Dr. Ahmad Kamil Hj. Mohd. Jaafar dan Pengurus PPPK Madai, En. Shari Fuddin Sha’ari. Manakala kakitangan yang terlibat terdiri dari seorang Penolong Pegawai Penyelidik, dua orang Pembantu Penyelidik dan seorang Pekerja Awam. Kesemua kemudahan dan peralatan dari Unit Tuaran telah dipindahkan dan disusun semula agar kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Terdapat lebih 400 koleksi isolat patogen dan antagonis dari persekitaran koko yang disimpan dan dijaga dengan rapi di unit patologi Tawau. Pengumpulan kultur-kultur kulat dan bakteria daripada persekitaran koko masih giat dijalankan hingga kehari ini bagi memastikan bilangan koleksi kultur semakin bertambah.
1. Makmal Patologi
- 1 unit makmal am bagi tujuan melaksanakan kerja-kerja penyelidikan R&D yang dilengkapi dengan macro & micro Balance, 2 unit Hot Plate Stirer, 3 unit Microwave dan 2 unit Autoclave berkapasiti 50-80 liter bagi penyediaan plate media dan mass culture medium.
- 2 buah bilik inokulasi dengan 2 unit Laminar Flow dan dilengkapi dengan safety gas burner serta insecting set setiap satu. Ianya bagi menjalankan kerja-kerja inokulasi dan subkultur bagi penyelenggaraan simpanan kultur tetap dan bagi menjalankan kerja-kerja isolasi penyakit dari sampel di ladang.
- Terdapat 3 buah makmal am sebagai lokasi menjalankan kajian projek-projek R&D diperingkat makmal sebelum percubaan di ladang dilakukan. Bilik-bilik makmal tersebut mempunyai meja kerja dengan keluasan 56-100ka persegi setiap satu dan dilengkapi dengan pelbagai mesin dan peralatan makmal seperti Bioreactor, Microtome, Freeze Dryer, Spectrophotometer, Incubator, Contifuge, Compound Microscope dan Disecting Microscope.
- Terdapat 1 bilik Incubator bagi tujuan pengeraman dan penyimpanan plate kultur, dilengkapi dengan 1 unit Chiller dua pintu dan 2 unit Incubator Oven.
- Sebuah bilik pcc untuk penyimpanan koleksi simpanan kultur tetap yang dilengkapi dengan 3 unit Chiller dan 5 unit Incubator Oven serta Microscope bagi tujuan mengenalpasti kulat dan microorganisma.
2. Makmal Biopesticide
- Pusat ini juga mempunyai Makmal Biopesticide yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan mesin yang dapat menjalankan kerja-kerja R&D bermula dari inokulasi kulat sehinggalah penuaian hasil spore serta pembungkusan bagi kegunaan di ladang-ladang percubaan penyelidikan LKM.
- Makmal ini mempunyai sebuah Makmal Am dan sebuah Bilik Inokulasi dengan 3 unit Biological Safety Cabinet dan dilengkapi dengan Safety Bunsen Burner dan Disecting Set setiap satu, Microwave, alat penimbang micro dan macro, Hot Plate Stirrer dan Autoclave berkapasiti 80 Liter.
- Terdapat sebuah Bilik Autoclave dengan 3 unit Front Loading Autoclave berkapasiti 200 Liter bagi penyediaan mass culture medium.
- Sebuah Bilik Fermentasi dengan kapasiti 1000-1500 tray untuk penyimpanan beg yang telah diinokulasi dengan kulat patogen dan 2 buah Bilik Pengeringan yang dipenuhi dengan rak bagi mengeringkan kulat yang telah cukup matang.
- Sebuah Bilik Penuaian yang dilengkapi dengan 4 unit mesin Micro-Harvester bagi menuai spore dari medium yang telah dikeringkan.
- Bilik Pembungkusan atau Packaging Room pula dilengkapi dengan mesin Mixer dan mesin Packaging untuk membungkus produk bagi kegunaan di ladang.
- Bilik Penyimpanan pula bagi menyimpan stok spore kering dengan kelengkapan 2 unit Chiller dan 1 Refrigerator.
- Unit Patologi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko Tawau, berperanan menjalankan kerja-kerja dalam bidang penyelidikan dan pembangunan khususnya menangani pelbagai masalah dan keperluan dalam bidang kaji penyakit koko.
- Tujuan utama adalah untuk mendapatkan pengetahuan praktikal dan membangunkan teknologi kawalan penyakit koko seterusnya boleh meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran.
- Kerja-kerja penyelidikan juga dijalankan untuk mengetahui bagaimana proses-proses penyakit koko merebak dan merangkumi jenis penyakit koko , agen punca penyakit, penyebaran, kerosakannya serta langkah-langkah kawalan yang boleh membendung penyebaran penyakit tersebut.
- Unit ini juga berperanan sebagai bank koleksi kultur patogen koko disamping koleksi microorganisma yang berfaedah sebagai agen kawalan biologi dan juga pelbagai kulat yang telah diisolat dari pelbagai lokasi tanaman koko di Sabah.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit Patologi,- Lembaga Koko Malaysia.
- Telefon : 089-915604
- Fax : 089-915646