Muzium Flora dan Fauna Koko
Muzium ini telah memulakan operasi pada tahun 2011 setelah proses pengubahsuaian dari sebuah pejabat selesai dijalankan. Ia ditubuhkan sejajar dengan perkembangan penyelidikan dan pembangunan koko masa kini yang memerlukan taburan dan komposisi flora dan fauna dikemaskini dari masa ke masa. Ini melibatkan aktiviti pengumpulan, penyediaan koleksi bahan, pengecaman bahan koleksi, penyimpanan, mendokumentasi dan menyelaras flora dan fauna yang terdapat di ekosistem koko. Muzium Flora dan Fauna koko, Tawau menjadi pusat rujukan serantau bagi tanaman koko terutamanya di negeri Sabah. Ia menjadi sebuah pusat penting bagi membantu menyelesaikan masalah pengenalpastian sesuatu flora dan fauna bagi tanaman koko. Koleksi flora dan fauna yang menarik di muzium ini menarik minat para pengunjung terutamanya para pelajar sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang terletak di negeri sabah membuat lawatan ke muzium ini. Sehingga kini ia telah menerima sejumlah lebih kurang 750 orang pelawatyang terdiri dari murid sekolah, guru, pelajar universiti, pensyarah dan kakitangan awam. Ia dikendalikan oleh seorang pegawai penyelidik dan dibantu oleh seorang Pembantu Penyelidik dan seorang Pekerja Awam. Koleksi bahan-bahan dilakukan secara berterusan dan ia telah mengumpul lebih kurang 5000 fauna yang dikutip di ekosistem koko berhampiran, kawasan sekitar berhampiran dan disumbang oleh beberapa individu yang berminat.
- Ruang legar untuk pameran.
- Bilik koleksi fauna
- Bilik koleksi flora
- Bilik koleksi basah
- 8 buah cabinet kayu.
- 2 buah cabinet besi.
- Sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan, mendokumentasi dan penyelaras flora dan fauna koko yang utama di negeri Sabah.
- Sebagai pusat rujukan bagi flora dan fauna yang terdapat di ekosisitem koko di negeri Sabah.
- Sebagai pusat aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ekosisitem koko bagi pelajar sekolah dan universiti yang terdapat di negeri Sabah khasnya dan amnya di Tawau.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit EntomologiLembaga Koko Malaysia,
Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko,
Peti Surat 60237,
91012 Tawau, Sabah.
Tel : 089-915604